| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program `Jom Hidup Tanpa Stres` Anjuran Pejabat Parol Sungai Petani

Pada 02 Ogos 2009 bermula jam 7.30 pagi, Pejabat Parol Sungai Petani, Kedah telah menganjurkan Program �Jom Hidup Tanpa Stres� melibatkan Orang DiParol .... Pada 02 Ogos 2009 bermula jam 7.30 pagi, Pejabat Parol Sungai Petani, Kedah telah menganjurkan Program �Jom Hidup Tanpa Stres� melibatkan Orang DiParol (ODP), Keluarga ODP, Pemimpin Komuniti dan juga Kakitangan Kerajaan yang berhampiran. Program ini dianjurkan sebagai salah satu usaha Pejabat Parol Sungai Petani bagi menanggani pemasalahan pengurusan stres dikalangan ODP, Keluarga seterusnya masyarakat sekeliling dalam proses mengintegrasikan ODP ke dalam kehidupan masyarakat.

Antara pengisian di dalam program ini yang dilaksanakan ialah Senamrobik yang bermula jam 7.30 pagi. Program ini adalah terbuka kepada orang ramai dan dihadiri oleh lebih 100 orang peserta. Secara keseluruhannya menunjukkan sambutan yang baik terhadap penganjuran aktiviti oleh Pejabat Parol.

Program diteruskan dengan sesi ceramah pengurusan stress yang bermula dengan Penceramah dari Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda En Masiri Bin Abd Rahman, diikuti oleh penceramah dari Lembaga Penduduk dan Perancang Keluarga Negeri Kedah (LPPKN) Puan Badrizawati Binti Mohd Zaki dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda Dr Jamilah Binti Abdullah. Sesi ini dihadiri oleh ODP, Keluarga ODP, Bekas ODP, Kakitangan Kerajaan, Majikan ODP dan Pemimpin Kamuniti ODP.

Turut diselitkan didalam program ini ialah penerangan tentang peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga dan masyarakat dalam memberi sokongan kepada pemulihan dan perubahan tingkahlaku ODP oleh KIP Khairul Suhaimi bin Said, Pegawai Parol Daerah Sungai Petani. Program berakhir jam 4.30 Petang dengan acara Penutupan Program disempurnakan oleh PP Hj. Mohd Farid Bin Hj Kassim, Pengarah Parol Negeri Kedah.
""